Tuesday, October 22, 2013

nukilan untuk kamu

Minta maaf, saya bukan ingin menyibuk bukan ingin menjaga tepi kain orang, tetapi untuk kebaikan kita bersama. Saya bukan ingin mempengaruhi orang lain cuma ingin meraka berfikir sejenak. Manusia dijadikan untuk menolong manusia yang lain, kerana sifat sayang yang dikurnia kan semulajadi didalam hati setiap manusia. Kita semua ingin hidup dalam kegembiraan bukanlah penderitaan. Kita bukan dicipta untuk membenci. Dunia untuk semua umat manusia. Yang kaya saling membantu, yang bijak saling menolong. Tapi! Kita telah hilang satu asas yang amat penting dalam kehidupan, iaitu sifat kemanusiaan. Tamak haloba mempengaruhi diri kerana harta dan ego! Sedarkah anda? Kerana sifat ini! Kita saling membenci, malah membunuh! Nilai satu nyawa hanyalah murah kerana sifat ini! Peperangan! Kemusnahan! Kerana tamak! kerana benci! Kita hanya menutup mata. Dimana sifat kemanusiaan?? Dimana?!. Jikalah ilmu dijadikan sebagai alat membunuh! jika tamak dan kaya dijadikan sebab untuk membunuh! AKU! lebih rela jadi bodoh! aku rela jadi hamba abdi kerana aku tak nak sifat kemanusiaan ku hilang dek ilmu dan kekayaan. Darah yang mengalir, tangisan hiba si anak kecil, raungan si isteri! Kerana sifat tamak yang membunuh sanubari! Manusia hanya memekakan telinga! Hanya menutup mata! Hanya berbisu sahaja! Kita fikir terlalu banyak tetapi melihat hanya sedikit. Ingatlah kita lebih perlukan keperhatinan daripada kebijaksanaan jika kerana ilmu kita hilang sifat kemanusiaan. Jangan kerana sifat tamak kita lalai. Kita bukanlah robot! Jiwa kita bukan lah robot! Hati kita bukan lah robot! Akal kita bukan lah robot! Kerana sifat tamak dan benci ditanam dalam minda dalam hati dalam jiwa!! Jika disuruh membunuh anak kecil yang masih tidak mengerti apa apa! KITA SANGGUP! Kita bukan robot! Kita manusia! Manusia! Jauh dalam jiwa kita, sifat kemanusiaan itu ada! Runtuhkan tembok tamak! Musnahkan pagar benci! Jika kita ada kuasa untuk membunuh! Kenapa tidak kita tidak mampu memiliki kuasa menyayangi! Kita ada kuasa untuk mencantikan kembali kehidupan, memberi kembali senyuman, memberi kembali gelak tawa. Bangkitlah segenap manusia, Sedarlah wahai anak adam! Jika kita bersama kita mampu mengubahnya! Jika kita tidak mahu mengubah kerana diri sendiri, berubahlah untuk generasi akan datang.

Nukilan untuk segenap manusia

kerana aku rindu

Sesungguhnya 
Aku rindu zaman dulu 
Dimana gelak tawa
Dimana tangisan hiba
Dimana persahabtan terjadi dalam masa tak sampai 10 saat
Dimana dunia masih tidak dicemari
Dimana anak kecil bebas bermain
Dimana aku masih tidak kenal erti tanggung jawab
Dimana segala kegembiraan berlaku

Sekarang
Amat berbeza
Ye aku mengerti
Hidup mesti diteruskan
Tapi sekarang lain dulu lain
Tapi aku tetap akan merindui saat itu
Dimana segalanya berlaku dimana aku menjadi aku 

Aku rindu 

mengerti duhai manusia

dikelilingi manusia bertopengkan iblis. hidup berlandaskan dusta. dan masih kau ingin menghukum manusia masuk neraka? diri separa lunyai. ditemani segala dosa. dan masih kau ingin menentukan dosa manusia? diri dihujani pelbagai masalah. hidup masih dibuai mimpi dunia. dan masih kau ingin bercerekarama? 

tetapi,

ingatlah segenap manusia ada masa lampau 
dan segenap manusia ada masa hadapan

kerana kehidupan adalah satu permainan

hidup sama macam permainan catur
berkorban dikorban dan mengkorban apa sahaja
kerana segalanya untuk satu tujuan 
mempertahankan apa yang dikatakan kemenangan 

hidup sama macam permainan catur 

memandang dan dipandang jauh kehadapan
kerana segalanya untuk satu tujuaan
untuk terus hidup dan meneruskan permainan

hidup sama macam permainan catur

pencaturan dan mengatur segala gerak geri
kerana segalanya untuk satu tujuan 
membina strategi untuk bertahan dalam permainan

hidup sama macam permainan catur

salah pencaturan salah memandang salah berkorban 
kerana 
yang lemah akan mati 
yang kuat akan teruskan permainan

Saturday, October 19, 2013

kepada mereka yang sukar memahami

come on bro you are 19 nak masuk 20 dah please be matured sikit ok hush menyirap jugak aku bila dengar ayat macam ni. tapi aku tak boleh marah tak boleh maki tak boleh pendam. masing masing ada pendapat sendiri tapi tolong lah melihat dengan mata hati baru kau akan mengerti. Aku lebih suka hangout dengan manusia yang berwatakan budak tapi berfikiran matang dari manusia yang berlagak matang tapi otak macam budak budak. manusia ada banyak jenis. rambut sama hitam hati sapa tau. tapi sekarang ni rambut tak sama hitam pun tapi hati boleh join sekaki. aku boleh berkawan dengan semua orang tapi seriously aku benci sangat spesis manusia yang hipokrit. why you cant be your self? why you need to pretending to be others? aku tau hidup kau cara kau bukan cara aku tapi tolong aku lebih respect manusia yang jujur degan diri sendiri. bila aku buat pelik kau tengok jelik bila aku buat baik kau tengok jelik bila aku buat taik lagilah kau tengok jelik segalanya jelik bagi kau kononya aku tak matang aku tak macam kau matang, awesome, hebat, gah, tapi hakikatnya kau bukan macam tu kau pendusta kau mendusta dan kami semua didusta kau ada hidup kau aku ada hidup aku walaupun kita baik tapi kita macam air dengan minyak campur macam mana sekali pun kita tak dapat ngam sekali kerana aku pilih bukan untuk jadi hipokrit aku pilih untuk jadi diri aku kerana aku adalah aku bukan orang lain

kisah si keybord warrior

berjuang habis habisan di laman sosial mengata berkata dikata tanpa ada titik noktah
 memusing dipusing segala kata
segala yang auta menjadi fakta
 di sini dia lah segalanya boleh jadi semuanya
 dia berbisa
 dia raja
dia berkuasa
 hanya kerana ilmu dari internet
 berhujah menghujah dihujah bagai limu seluas lautan
 tak kenal erti gerun
erti kalah
erti pasrah
erti berundur
 segala topik
dia handal
dia pakar
dia tahu segalanya
 hakikatnya kebanyakan dusta
 berkata seperti penghujah tersohor
 bila ada yang melawan
 dia menjadi pahlawan
 berjuang sehingga titik noktah terakhir
 member perspektif di luar jangkaan
 menggunakan istilah fikir di luar kotak
 di campur di gaul bersama di peram bersama ilmu entah mana
 lantang bersuara kononya dia yang benar
 dia yang bijak
dia yang tahu segalanya
 kerana dia si keyboard warrior
 dan inilah kisah dia

Thursday, October 17, 2013

Buku Baru

3-4 tahun blog ni terbiar. So aku rasa aku nak menulis balik. Berkongsi segalanya yang boleh dikongsi bersama. Macam macam berlaku dalam hidup aku. Yang pergi tak kan kembali yang ada akan menyusul jua dan yang baru silih berganti. Kehidupan kita tak boleh nak jangka tapi macam aku selalu kata dekat diri aku, takdir kita sama situasi sahaja berbeza. Aku? masih aku yang sama dari dulu cuma berubah sedikit secara berperingkat demi kebaikan diri sendiri. Banyak aku nak luahkan. Hatiku menjerit keseorangan dikala suka dikala duka dikala gembira dikala kecewa. Masa mula mula aku mula menulis, aku tingkatan tiga and dengan bangganya aku kata aku pelajar Maxwell. Tak lama kemudian aku pelajar TTJ. Dua tahun lepas tu KMP. Habis matrik, sebulan di IUMW dan akhirnya UNIMAS. Kisah yang sama cuma watak sahaja yang berubah. Tapi aku tetap aku dengan 2 nama yang berbeza.