Saturday, October 19, 2013

kisah si keybord warrior

berjuang habis habisan di laman sosial mengata berkata dikata tanpa ada titik noktah
 memusing dipusing segala kata
segala yang auta menjadi fakta
 di sini dia lah segalanya boleh jadi semuanya
 dia berbisa
 dia raja
dia berkuasa
 hanya kerana ilmu dari internet
 berhujah menghujah dihujah bagai limu seluas lautan
 tak kenal erti gerun
erti kalah
erti pasrah
erti berundur
 segala topik
dia handal
dia pakar
dia tahu segalanya
 hakikatnya kebanyakan dusta
 berkata seperti penghujah tersohor
 bila ada yang melawan
 dia menjadi pahlawan
 berjuang sehingga titik noktah terakhir
 member perspektif di luar jangkaan
 menggunakan istilah fikir di luar kotak
 di campur di gaul bersama di peram bersama ilmu entah mana
 lantang bersuara kononya dia yang benar
 dia yang bijak
dia yang tahu segalanya
 kerana dia si keyboard warrior
 dan inilah kisah dia

No comments:

Post a Comment