Tuesday, October 22, 2013

kerana kehidupan adalah satu permainan

hidup sama macam permainan catur
berkorban dikorban dan mengkorban apa sahaja
kerana segalanya untuk satu tujuan 
mempertahankan apa yang dikatakan kemenangan 

hidup sama macam permainan catur 

memandang dan dipandang jauh kehadapan
kerana segalanya untuk satu tujuaan
untuk terus hidup dan meneruskan permainan

hidup sama macam permainan catur

pencaturan dan mengatur segala gerak geri
kerana segalanya untuk satu tujuan 
membina strategi untuk bertahan dalam permainan

hidup sama macam permainan catur

salah pencaturan salah memandang salah berkorban 
kerana 
yang lemah akan mati 
yang kuat akan teruskan permainan

No comments:

Post a Comment