Tuesday, October 22, 2013

nukilan untuk kamu

Minta maaf, saya bukan ingin menyibuk bukan ingin menjaga tepi kain orang, tetapi untuk kebaikan kita bersama. Saya bukan ingin mempengaruhi orang lain cuma ingin meraka berfikir sejenak. Manusia dijadikan untuk menolong manusia yang lain, kerana sifat sayang yang dikurnia kan semulajadi didalam hati setiap manusia. Kita semua ingin hidup dalam kegembiraan bukanlah penderitaan. Kita bukan dicipta untuk membenci. Dunia untuk semua umat manusia. Yang kaya saling membantu, yang bijak saling menolong. Tapi! Kita telah hilang satu asas yang amat penting dalam kehidupan, iaitu sifat kemanusiaan. Tamak haloba mempengaruhi diri kerana harta dan ego! Sedarkah anda? Kerana sifat ini! Kita saling membenci, malah membunuh! Nilai satu nyawa hanyalah murah kerana sifat ini! Peperangan! Kemusnahan! Kerana tamak! kerana benci! Kita hanya menutup mata. Dimana sifat kemanusiaan?? Dimana?!. Jikalah ilmu dijadikan sebagai alat membunuh! jika tamak dan kaya dijadikan sebab untuk membunuh! AKU! lebih rela jadi bodoh! aku rela jadi hamba abdi kerana aku tak nak sifat kemanusiaan ku hilang dek ilmu dan kekayaan. Darah yang mengalir, tangisan hiba si anak kecil, raungan si isteri! Kerana sifat tamak yang membunuh sanubari! Manusia hanya memekakan telinga! Hanya menutup mata! Hanya berbisu sahaja! Kita fikir terlalu banyak tetapi melihat hanya sedikit. Ingatlah kita lebih perlukan keperhatinan daripada kebijaksanaan jika kerana ilmu kita hilang sifat kemanusiaan. Jangan kerana sifat tamak kita lalai. Kita bukanlah robot! Jiwa kita bukan lah robot! Hati kita bukan lah robot! Akal kita bukan lah robot! Kerana sifat tamak dan benci ditanam dalam minda dalam hati dalam jiwa!! Jika disuruh membunuh anak kecil yang masih tidak mengerti apa apa! KITA SANGGUP! Kita bukan robot! Kita manusia! Manusia! Jauh dalam jiwa kita, sifat kemanusiaan itu ada! Runtuhkan tembok tamak! Musnahkan pagar benci! Jika kita ada kuasa untuk membunuh! Kenapa tidak kita tidak mampu memiliki kuasa menyayangi! Kita ada kuasa untuk mencantikan kembali kehidupan, memberi kembali senyuman, memberi kembali gelak tawa. Bangkitlah segenap manusia, Sedarlah wahai anak adam! Jika kita bersama kita mampu mengubahnya! Jika kita tidak mahu mengubah kerana diri sendiri, berubahlah untuk generasi akan datang.

Nukilan untuk segenap manusia

No comments:

Post a Comment