Thursday, October 17, 2013

Buku Baru

3-4 tahun blog ni terbiar. So aku rasa aku nak menulis balik. Berkongsi segalanya yang boleh dikongsi bersama. Macam macam berlaku dalam hidup aku. Yang pergi tak kan kembali yang ada akan menyusul jua dan yang baru silih berganti. Kehidupan kita tak boleh nak jangka tapi macam aku selalu kata dekat diri aku, takdir kita sama situasi sahaja berbeza. Aku? masih aku yang sama dari dulu cuma berubah sedikit secara berperingkat demi kebaikan diri sendiri. Banyak aku nak luahkan. Hatiku menjerit keseorangan dikala suka dikala duka dikala gembira dikala kecewa. Masa mula mula aku mula menulis, aku tingkatan tiga and dengan bangganya aku kata aku pelajar Maxwell. Tak lama kemudian aku pelajar TTJ. Dua tahun lepas tu KMP. Habis matrik, sebulan di IUMW dan akhirnya UNIMAS. Kisah yang sama cuma watak sahaja yang berubah. Tapi aku tetap aku dengan 2 nama yang berbeza.

No comments:

Post a Comment